Selasa, 07 Februari 2012


Pendidikan Rasulullah

Pendidikan Rasulullah

Muqaddimah


NABI MUHAMMAD SAW adalah Rasulullah atau utusan ALLAH. Sebagai Rasul, baginda wajib mengajar, mendidik dan memimpin manusia. Ketiga-tiga tugas itu sebagai Rasul, sebagai pendidik dan sebagai pemimpin mesti berjalan serentak tanpa dipisah-pisahkan. Ertinya tidak boleh mengajar saja atau mendidik saja atau memimpin saja. Sebab ketiga-tiga itu saling kait-mengait dan bantu-membantu untuk menjayakan perjuangan menegakkan syariat ALLAH di muka bumi ini. Bahkan ketiga-tiga nya sama penting dan berperanan besar dalam perjuangan Islam. Mari kita lihat pengertiannya satu-persatu:
  • Rasul tugasnya menyampaikan atau mengajarkan risalah ALLAH.
  • Pendidik tugasnya mendidik, mengasuh, mendorong manusia agar menjalankan kandungan risalah Allah itu.
  • Pemimpin tugasnya memimpin (mengarah dan mengatur) manusia supaya menegakkan risalah ALLAH dengan bermacam-macam cara dengan penuh berhikmah.
Daripada ketiga-tiga tugas ini, saya hanya akan menghuraikan dengan panjang lebar tentang tugas Rasulullah sebagai pendidik, serta tentang bentuk pendidikan yang dilaksanakan oleh baginda, seperti dikehendaki oleh tajuk di atas. Di antara perkara yang akan dihuraikan ialah tentang dasar, matlamat dan kaedah pendidikan Rasulullah Juga tentang sebab-sebab kejayaan serta kesan pendidikan baginda, dan ilmu yang dipakai oleh baginda Rasul bagi melahirkan generasi lslam contoh yang pertama yang telah menggemparkan dunia, bahkan berjaya menguasai tiga perempat dunia. Diharapkan daripada tulisan ini nanti umat Islam seluruh dunia akan memperolehi jaian dan kekuatan untuk berguang mengembalikan kekuasaan dan kehebatan yang telah hilang itu. Agar umat Islam kembali menjadi tenaga-tenaga yang mampu menyelamatkan dunia daripada masalah, krisis dan kacau-bilau yang sedang melanda kini.
Berjayanya Rasulullah dalam pendidikannya ialah kerana dapat mengubah individu-individu yang hidup dalam sistem jahiliah kepada peribadi-peribadi soleh dan solehah yang menjalankan sistem hidup Islam. Dengan kata lain, sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh Rasulullah berjaya mengubah fikiran, jiwa dam fizikal manusia sehingga lahir zaman kegemilangam tamaddun manusia.
Sistem pendidikan sedemikian tidak pernah dibuat oleh mana-mana pendidik atau pemimpin dunia. Sistem pendidikam selain itu hanya mampu mengubah dasar, matlamat serta teknik pentadbiram lahiriah sahaja, totapi tidak dapat mengubah jiwa mamusia hingga membuatkan mereka merasa diri mereka hamba yang perlu patuh kepada ALLAH. Tegasnya, pendidik dan pemimpin dunia selain Rasulullah hanya mampu menjayakan pembangunan material sahaja sedangkan kejayaan besar Rasulullah ialah dapat melakukan pembangunan insaniah mamusia sehingga mereka mengalami perubahan jiwa, fikiran dan fizikal Di sinilah letaknya kejayaan besar Rasulullah dalam melahirkan generasi contoh yang telah membina sebuah negara yang cukup indah, yang digambarkan oleh ALLAH dalam firman-Nya:
surat:34 ayat:15Terjemahannya: Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan ALLAH.
(As Saba': 15)
Rasulullah SAW mendasarkam pendidikannya kepada pembangunan insan iaitu untuk melahirkan manusiamanusia yang mengabdikan diri mereka hanya kepada ALLAH. Sebab itu, kalimah awal yang diterapkan di sekolah Rasulullah ialah:
Dasar ini dibuat sesuai dengan kehendak ALLAH SWT yang berfirman:
surat:51 ayat:56Terjemahannya: Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku. (Az Zariat: 56)
Matlamat pendidikan pembangunan insan ini ialah untuk melahirkan orang-orang yang membangunkan Al Quran dan Sunnah dalam setiap aspek kehidupan tanpa mengharapkan apa-apa upah. Mereka berjuang menegakkan tamaddun dan empayar Islam, dengan tujuan menye- lamatkan manusia dan dunia seluruhnya daripada sebarang kekejaman dan pemusnaham. Keuntungan yang diharapkan bukan kekayaan dan kekuasaan tapi keredhaan ALLAH dan keampunan-Nya. Itulah 'orang-orang ALLAH' atau hamba dan khalifah ALLAH - jawatan yang dilantik oleh ALLAH sendiri melalui firman-Nya:
surat:2 ayat:30Terjemahannya: Sesungguhnya Aku akan menjadikan di bumi seorang khalifah. (Al Baqarah: 30)
Hasil pendidikan itu, wujud sebuah masyarakat Islam kecil di Madinah yang sangat unik, cantik dan indah yang tiada bandingannya dengan mana-mana masyarakat lain di dunia. Merekalah masyarakat Islam pertama yang menjadi contoh kepada orang yang kemudiannya hinggalah kepada klta han ml. ALLAH mengiktiraf kebaikan mereka dengan finman-Nya:
surat:3 ayat:110Terjemahannya: Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan di tengah-tengah manusia menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar dan kamu beriman dengan ALLAH (Ali Imran: 110)
Bermula daripada masyarakat contoh itu, berbondong-bondonglah manusia memeluk Islam. Tiga perempat daripada kawasan dunia ini berada di bawah sistem dan pemerintahan Islam. Hatta orang bukan Islam pun, yang tidak sanggup menukar aqidah mereka, rela bernaung di bawah pimpinan para sahabat iaitu pemimpin-pemimpin Islam pada waktu itu. Sebab mereka melihat kerajaan Islam dan peraturan hidup Islam menjamin keselamatan dan keadilan pada mereka. Peribadi para sahabat yang mereka lihat sangat meyakinkan dan menarik hati mereka. Tanpa membangunkan masyarakat contoh terlebih dahulu, nescaya tidak ramai oramg yang akan menganut Islam, dan payah bagi mereka untuk menerima kepimpinan Rasulullah dan para sahabat.
Itulah hasil perlaksanaan pendidikan oleh Rasulullah SAW: Tapi kini segalanya tinggal kenangan. Sebab generasi pengganti sudah tidak menjalankan tanggungjawab mereka. Syariat dan syiar Islam kini lenyap daripada diri penganutnya. Maka jadilah umat Islam, umat yang tidak berharga lagi di mata dunia.
Untuk menebus maruah diri yang sudah hilang, mari kita kembali mengamalkan sistem pendidikan Rasulullah dalam kehidupan kita. Yang mana hasilnya nanti ialah berulangnya sejarah kegemilangan Islam yang mencapai taraf ummah untuk kali kedua
Sekian.
(Ashaari Muhammad)
=== sekian ===

Sekapur Sirih


KAMI usahakan buku ini yang asalnya sebuah kertas kerja berlajuk "Pendidikan Sayiduna Muhammad Rasulullah dan Kesannya Bagi Melahirkan Generasi Contoh Peringkat Awal Para Sahabat". Pembentangan kertas kerja ini dijadualkan sempena perhimpunan Perayaan Maulidin Nabi SAW 1411 di Baghdad anjuran pemerintah Iraq.
Buku ini merupakan antara puluhan hasil pena Syeikhul Arqam Ustaz Ashaari Muhammad yang telah tersebar luas di tengah-tengah masyarakat. Buku-buku beliau bukan sekadar untuk menambah khazanah bahan bacaan malah lebih daripada itu. Beliau mengharapkan setiap kandungan bukunya dapat dijelmakan dalam bentuk realiti. Ini sesuai dengan watak beliau yang bukan bersifat theoretical dan idealis.
Beliau seorang yang praktikal. Ini dapat dilihat secara realiti daripada perkembangan jemaah Darul Arqam yang digerakkannya semenjak 22 tahun yang lampau. Bermula dengan pembangunan insan, jemaah itu kini terus berkembang pesat dalam berbagai-bagai aspek kehidupan. Bukan sahaja di Nusantara malah di seluruh dunia.
Gelanggangnya luas. Baginya dalam membangun ummah, tiada batas bangsa dan negara, tiada sempadan geografi dan politik. Beliau menjelajah ke merata dunia Eropah, Afrika, Timur Tengah, Amerika, Asia dan Pasifik membawa perutusan serta harapam yang menggunung agar umat Islam kembali gemilang.
Beliau seorang pendakwah, pendidik, perancang ekonomi, politikus, pemimpin, guru, pemikir, pembangun ummah, penulis dan penyair. Tidak keterlaluan kalau dikatakan Ustaz Ashaari memiliki berbagai-bagai watak yang membolehkan beliau berperanan memberi sumbangan yang tidak kecil kepada ummah.
Buku-buku beliau menterjemahkan apa yang telah beliau buat dan apa yang direncanakan untuk dibuat. Melalui buku ini, beliau tampil untuk memperjelaskan dasar, matlamat dan kaedah pendidikan Rasulullah. Penyampaian dan olahannya jelas dan mudah difahami. Tulisan ini bukan hasil perahan fikiran dan rujukan sematamata.
Tulisan ini berdasarkan pengalaman penulis sendiri dalam mendidik masyarakat, mendidik anggota jemaah dan melagang sistem pendidikan formal Darul Arqam yang berteraskan dasar, matlamat dan kaedah pendidikan Rasulullah.
Beliau berpendirian bahawa pendidikan adalah nadi umat Islam. Terbinanya jiwa, akal fikiran dan tamadun ummah ditentukan oleh ketepatan pendidikan itu sendiri.
Baginya masa terlalu suntuk untuk terus berteori dan berfalsafah. Apa yang penting sekarang ialah kita berbuat.
surat:9 ayat:105"Berbuatlah, nanti ALLAH dan Rasul dan orang mukmin akan menilai"
(At Taubah: 105)

- Penerbit
=== sekian ===

Bab 01 Matlamat Pendidikan Sayiduna Muhammad Saw


MELIHAT kepada apa yang dicapai oleh Rasulullah SAW, hasil daripada sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh baginda, kita boleh merumuskan bahawa matlamat dasar atau tujuan pendidikan Islam ialah: Pertama, untuk melahirkan insan yang berjiwa taqwa. Yakni insam yang hidupnya hanya untuk menyembah dan mengabdikan diri kepada ALLAH. Ini sesuai sekali dengan kehendak ALLAH SWT di dalam flrman-Nya:
surat:51 ayat:56Terjemahannya: Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku.
(Az Zariat: 56)
Sebab itulah, dalam sembahyang yang menjadi tiang agama itu, setiap orang yang beriman dituntut untuk berikrar dam bersumpah kepada ALLAH seperti berikut:
surat:6 ayat:162Terjemahannya: Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku, ibadakku, hidupku dan matiku, hanya untuk ALLAH, Tuhan Sekalian Alam."
(Al An'am: 162)
Kedua, untuk melahirkan insan-insan yang sanggup bekerja sebagai khalifah (duta) ALLAH. Mereka bekerja sepenuh masa dengan kerajaan ALLAH untuk membangunkan syariat ALLAH dan melaksanakan tugas yang diamamahkam oleh ALLAH. Dan dalam pada itu, mereka tidak pula menduakan Allah. Matlamat ini tepat seperti yang ALLAH mahukan, melalui firman-Nya:
surat:2 ayat:30Terjemahannya: Sesungguhnya Aku akan menjadikan di muka bumi seorang khalifah.
(Al Baqarah: 30)
Dengan matlamat pendidikan yang demikian itu, Rasulullah telah berjuang selama 23 tahun demi menjayakannya. Al hasil, terteralah dalam sejarah, wujudnya satu generasi agung para sahabat, yang watak mereka digambarkan seperti berikut:
Terjemahannya: Menjadi abid pada malam hari dan menjadi singa pada siangnya.
Abid berperanan sebagai hamba ALLAH yang sebaik-baiknya. Singa berperanan sebagai khalifah ALLAH yang sebaik-baiknya.
Proses melahirkan manusia-manusia seperti itu dijalankam oleh Rasulullah SAW melalui dua peringkat pendidikan:
  • a. Peringkat pembangunan insan di Makkah.
  • b. Peringkat pembangunan material di Madinah.
Peringkat pertama mengambil masa lebih kurang tiga belas tahun. Sementara peringkat kedua pula mengambil masa lebih kurang sepuluh tahun, menjadikan jumlahmya dua puluh tiga tahun. Perlu diingat bahawa sepanjang berlakunya pembangunan material itu, proses pembangunan insan tetap berjalan terus. Sebab, insan mernang perlu dibangunkan selalu kerana ia mudah lupa apabila berhadapan dengan nikmat dunia atau pembangunan material yang mencabar.
Untuk mendidik insan, Al Quran mempunyai ayat-ayat khusus yang disebut ayat-ayat Makkiyah. Yakni ayat-ayat mengenai keimanan kepada ALLAH dan kepada Hari Qiamat, dan lain-lain lagi. Berikut adalah contoh-contoh ayat Makkiyah:
a. Surat Al Mulk

surat:67 ayat:1
Terjemahannya: Maha Suci (ALLAH) yang di tanganNya kerajaan (pemerintahan) dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
surat:67 ayat:2
Yang.menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebEh baik amalannya, dan Dia Maha'Perkasa lagi Pengampun.
surat:67 ayat:3
Yang menjadikan tujuh langit bertingkat-tingkat. Tiadalah engkau lihat kekurangan (tidak sesuai) pada makhluk ALLAH yang Rahman, Maka engkau ulanglah melihatnya (langit itu). Adakah engkau lihat (di sana) pecah belah (rosak-rosak)?
surat:67 ayat:4
Kemudian engkau ulanglah melihatnya dua kali lagi, nescaya kembali mata engkau menjadi hina dan silau.
surat:67 ayat:5
Sesungguhnya Kami hiasi langit, dunia dengan beberapa pelita (bintang-bintang), dan Karni jadikan tahi-tahi bintang, untuk pelempar syaitansyaitan dan Kami sediakan untuk mereka seksa Neraka.
(Al Mulk: 1-5)
b. Surat Al Hajj

surat:22 ayat:5 surat:22 ayat:6surat:22 ayat:7
Terjemahannya: Hai sekalian manusia, jika kamu dalam keraguan tentang hari berbangkit, maka sesungguheya Kami telah menjadikan kamu daripada tanah, kemudian daripada air mani, kemudian daripada segumpal darah, kemudian daripada sepotong daging, yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, supaya Kami terangkan kepadamu (kekuasaan Kami). Dan kami tetapkan dalam rahim (kandungan ibu) sekehendak kami, hingga waktu yang ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu menjadi kanak-kanak, kemudian supaya kamu sampai dewasa. Di antara kamu ada yang diwafatkan dan sesetengah kamu dikembalikan kepada umur yang sekeji-kejinya, sehingga ia tiada mengetahui sesuatu sesudah mengetahuinya. Engkau lihat bumi kering, tetapi apabila Kami turunkan air (hujan) di atasnya, lalu (tumbuh-tumbuhannya) bergerak dan bertambah tinggi, lalu menumbuhkan bermacam-macam tumbuh-tumbuhan yang indah.
Demikian itu, ialah kerana ALLAH sebenarnya Tuhan, dan bahawa Dia menghidupkan orang-orang mati dan sesungguhnya Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Dan sesungguheya Qiamat (mesti) datang, tiada keraguan terhadap.nya, dan sesungguhnya ALLAH akan membangkitkan orang yang dalam kubur.
(Al Hajj: 5-7)
c. Surat Al Ghasiyah
surat:88 ayat:1Terjemahannya: Adakah sampai kepadamu berita Qiamat?
surat:88 ayat:2Beberapa muka (orang) pada hari itu muram (hina),
surat:88 ayat:3yang bekerja lagi payah (lelah),
surat:88 ayat:4dia akan memasuki Neraka yang panas,
surat:88 ayat:5diberi minum daripada mata air yang amat panas,
surat:88 ayat:6tidak ada untuk mereka makanan,
surat:88 ayat:7kecuali pohon yang berduri yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan kelaparan.
surat:88 ayat:8Beberapa muka (orang) pada hari itu berseri-seri,
surat:88 ayat:9bersuka hati, kerana usahanya,
surat:88 ayat:10dalam Syurga yang tinggi,
surat:88 ayat:11tidak didengar di dalamnya omong kosong (yang tidak berguna).
surat:88 ayat:12Di dalamnya ada mata air yang mengalir.
surat:88 ayat:13Di dalamnya ada tempat duduk yang ditinggikan,
surat:88 ayat:14dan piala-piala (gelas-gelas) yang diletakkan (di hadapannya),
surat:88 ayat:15dan bantal-bantal yang tersusun,
surat:88 ayat:16dan permadani-permadani yang terbentang.
(Al Ghasiyah: 1-16)
Dengan ayat-ayat yang demikian itu fikiran dan jiwa insan akan menjadi yakin dengan ALLAH, serta cinta dan takut kepada-Nya. Juga yakin dengan Hari Qiamat, bahkan sangat.membesarkan dan mengutamakan kehidupan di Alam Akhirat dan cinta dengan Syurga. Dalam pada itu, ayat-ayat Makkiyah akan menjadikan insan takut dengan azab kubur, azab Neraka dan kedahsyatan Padang Mahsyar. Itulah iman. Yakni rasa hati yang cintakan ALLAH gerun dengan Neraka, dan rindu dengan Syurga di Akhirat. Bila fikiran dan jiwa terisi dengan keyakinan begilu, maka manusia akan takut dengan dosa dan berlumba-lumba untuk beramal soleh dan berakhlak mulia Berakhlak dengan ALLAH, berakhlak dengan sesama manusia. Di antara akhlak-akhlak mulia itu ialah mematuhi syariat ALLAH; melaksanakan yang diperintahkan, dan meninggalkan yang ditegah. Iman akan mendorong manusia bersifat jujur, adil, bertimbang rasa, pemurah, bertolong bantu, redha, pemaaf, mudah meminta maaf, sabar, tawakkal, berlapang dada, berkasih sayang, merendah diri, berbaik sangka, dan sebagainya. Iman juga akan mendorong semangat jihad, pengorbanan dan amal bakti yang bersungguh-sungguh demi untuk menegakkan agama ALLAH.
Sekiranya ada orang yang mengaku beriman tapi tidak menunjukkan ketaatan pada perintah ALLAH, tidak ada akhlak mulia dengan ALLAH dan dengan sesama manusia, serta tidak mahu berjihad fisabilillah, maka imannya masih di peringkat rendah. Sebab iman itu ada lima peringkat Iman yang dapat menyelamatkan manusia daripada api Neraka ialah sekurang-kurangnya iman peringkat ketiga (iman ayyan). Iman peringkat pertama (iman taqlid) dan iman peringkat kedua (iman ilmu) tidak menjamin seseorang itu menjadi hamba yang taat, berakhlak dan berjuang. Dengan sekadar iman peringkat rendah itu, seseorang masih sanggup membuat maksiat dan dosa yang melayakkannya dihukum dengan api Neraka. Manakala iman peringkat keempat (imam hak) dan kelima (iman hakikat) adalah iman wali-wali ALLAH, nabi-nabi dan rasul-rasul.
Hasil didikan Rasulullah yang berusaha menanamkan iman selama tiga belas tahun di Makkah, telah lahir peribadi sahabat yang cukup kuat iman mereka. Sahabat-sahabat itu umumnya memiliki iman para wali. Sebab itu ibadah, akhlak, pengorbanan dam perjuangan mereka begitu hebat. Mereka sanggup mati syahid demi mempertahankan hak ALLAH dan Rasul. Mereka berhabis-habisan membelanjakan harta kekayaan untuk perjuangan Islam. Sebab itu umat Islam ketika itu jadi kaya raya dan mampu mentadbir 3/4 dunia ALLAH SWT memuji para sahabat dengam firman-Nya:
surat:3 ayat:110Terjemahannya: Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan di kalangan manusia; kerana kamu menyuruh kepada yang makruf, mencegah daripada yang mungkar, dan kamu beriman kepada ALLAH.
(Ali Imran: 110)
Seelok selesai proses pembangunam insan di Makkah, sehingga berjaya membentuk sahabat-sahabat yang sudah bersedia melaksanakan perintah Allah serta mengharung perjuangan pada jalan ALLAH, maka Rasulullah pun berhijrah ke Madinan atas perintah ALLAH. Di sana bermula lah pembangunan material; membangunkan hukum fardhu kifayah hingga wujudnya masyarakat Islam serta negara Islam kecil di Madinah. Untuk itu, turunlah ayat-ayat Madaniyah yang berbentuk hukum-hakam, panduan hidup harian sama ada untuk individu mahupun jemaah, ayat jihad, ayat perang, dan sebagainya. Contoh-contoh ayat-ayat Madaniyah:
surat:2 ayat:168Terjemahannya: Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkahlangkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.
(Al Baqarah: 168)
surat:2 ayat:190Terjemahannya: Dan perangilah di jalan ALLAH orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya ALLAH tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.
surat:2 ayat:191Dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu jumpai mereka, dan usirlah mereka dari tempat mereka telah mengusir kamu (Makkah); dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan, dan janganlah kamu memerangi mereka di Masjidil Haram, kecuali jika mereka memerangi kamu (di tempat itu), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang kafir.
surat:2 ayat:192Kemudian jika mereka berhenti (daripada memusuhi kamu), maka sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
surat:2 ayat:193Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) agama itu hanya untuk ALLAH belaka. Jika mereka berhenti (daripada memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan lagi, kecuali terhadap orang-orang yang zalim.
(Al Baqarah: 190-193)
surat:2 ayat:221Terjemahannya: Dan janganlah kamu nikahi wanita-wanita musyrik, sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak yang mukmin lebih baik daripada wanita musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-waniu mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang mukmin lebih baik daripada orang musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke Neraka, sedang ALLAH mengajak ke Syurga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan ALLAH menerangkan ayat-ayat-Nya (perintah-perintah-Nya) kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran.
(Al Baqarah: 221)
Ayat-ayat ini mengajak orang mukmin menjalani hidup cara Islam. Dengan itu para sahabat berjaya membangunkan sistem ekonomi Islam, sosial Islam, politik lslam, perhubungan Islam, dakwah Islam, pendidikan Islam, ketenteraan Islam dan lain-lain lagi. Kerana sifat mereka yang sangat patuh pada perintah ALLAH dengan mudah saja para sahabat dapat melakukan semua itu. Firman ALLAH:
surat:24 ayat:51Terjemahannya: Ucapan seorang mukmin bila dipanggil pada ALLAH dan Rasul untuk melaksanakan hukum, mereka menjawab: "Kami dengar, dan kami patuh."
(An Nur: 51)
Dalam pada mendapat nikmat daripada pembangunan material ini, orang-orang mukmin itu tidak lalai, tidak sombong, tidak menindas, serta tidak menyalahgunakan kuasa atau nikmat ALLAH. Dengan fikiran dan jiwa yang sudah terdidik dengan iman, iaitu rasa takut dengan azab ALLAH, cintakan ALLAH dan lain-lain, orang mukmin mampu untuk terus bersifat jujur, adil, merendah diri, zuhud dan cintakan Akhirat lebih daripada dunia, sekalipun berhadapam dengan kuasa, jawatan, kekayaan, perempuan cantik, dan lain-lain nikmat dunia. Rasa takutkan kemurkaan ALLAH sangat membantu mereka untuk menjauhi segala sifat keji atau penyakit hati seperti sombong, bakhil, menindas, kejam, menyalahgunakan kuasa, dan kecewa berhadapan dengan ujian.
Walhal penyakit-penyakit ini pasti hinggap pada orang yang tidak takut ALLAH dan tidak cintakan Akhirat. Bila berhadapan dengan nikmat mereka mudah terpesona. Kalau ada rumah besar, mereka jadi sombong. Kalau ada alat senjata, mereka akan sanggup membunuh orang secara kejam. Kalau kaya, mereka akan membazir. Kalau ada kuasa, mereka akan menyalahgunakannya dan mengaut keuntungan peribadi. Kalau ada ilmu, mereka sombong dan hasad dengki. Sebab itu saya tegaskan bahawa tamadun yang tidak bertunjangkan iman, akan jahanam dan menjahanamkan manusia.
Lantaran itu Rasulullah SAW memulakan pembangunan material setelah terlebih dahulu melaksanakan pembangunam insan atau pembangunan spiritual. Bila manusia sudah menjadi hamba ALLAH, sudah beriman dan bertaqwa, maka barulah Rasulullah menghidupkan tugas mereka sebagai khalifah ALLAH. Yakni untuk mengatur dan mengimmarah bumi ALLAH sesuai dengan yang ALLAH kehendaki.
Dengan peribadi mereka sebagai abid pada malam hari, dan bagaikan singa pada siangnya, para sahabat mampu untuk tadbir dunia dengan adil, jujur dan amanah, dan benar-benar mematuhi syariat ALLAH. Dengan itu dunia aman makmur dan mendapat keampunam ALLAH.
Pada kesempatan ini saya berseru kepada pemimpin-pemimpin yang ingin membangunkan jemaah Islam agar mencontohi Rasulullah dalam melaksanakan dasar dan matlamat pendidikan. Setiap anggota yang mahu berjuang bersama, mesti dibangunkan insannya terlebih dahulu. Dengan jiwa yang sudah terbangun, barulah mereka boleh diajak memikirkan dan melaksanakan fardhu kifayah atau pembangunan material, Sistem begini saja yang akan membawa hasil yang tepat menurut Islam. Jika tidak, perjuangan akan gagal di tengah jalan kerana pasti berlaku kes-kes tipu, kecoh, tidak jujur, cuai, tidak bertanggung jawab dan Iain-lain oleh orang-orang harapan. Harapkan pagar, pagar makan padi. Kalau berjaya membangun pula, mereka tidak lepas daripada bersifat sombong, menyalahgunakan kemajuan, lupa ALLAH, hilang sifat kehambaan (taqwa) dan lain-lain yang semuanya itu akan menjahanamkan pembangunan yang dicapai. Jadi ingatlah firman ALLAH:
surat:13 ayat:11Terjemahannya: Sesungguhnya ALLAH tidak mengubah apa yang terdapat pada kaum itu sehinggalah mereka sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka (jiwa dan mental).
(Ar Ra'd: 11)
=== sekian ===

Bab 02 Dasar Dan Sumber Ambilan Bahan Didikan Rasulullah SAW


SAYIDUNA MUHAMMAD adalah Pesuruh ALLAH. Baginda seorang Rasul yang ummi yakni tidak tahu membaca dan tidak tahu menulis. Maknanya baginda mendapat ilmu bukan daripada hasil membaca. Tidak juga daripada guru kerana Rasulullah tidak pernah memasuki mana-mana sekolah.
Tapi kejayaan Rasulullah dalam mengajar dan mendidik manusia sehingga mereka yang asalnya orang Badwi, telah menjadi tuan-tuan dan perhimpin-pemimpin yang menguasai empayar dunia, adalah satu hal yang luar biasa dan tidak boleh dipandang kecil. Apa yang Rasulullah sudah buat, tidak mampu dibuat oleh orang lain sekalipun dia seorang mahaguru, pendeta atau ilmuan, yang memiliki degree berjelajela. Lulusan-lulusan pengajian tinggi hari ini bukan saja tidak mampu mengubah keyakinan seseorang, bahkan bdak mampu hendak mengubah sekadar fesyen pakaian seseorang. Kalau begitu, kebolehan Rasulullah mengubah jiwa dan fikiran oramg-orang jahiliah hingga menjadi orang-orang soleh adalah suatu yang cukup penting dan mengkagumkan. Apakah rahsia didikan baginda Rasul?
Rasulullah mendidik manusia bukan dengan ilmunya dan bukan dengan fikirannya yang direka-reka. Selaku Pesuruh Allah, baginda mendapat wahyu daripada ALLAH.
Wahyu pertama ialah Al Quram, manakala wahyu kedua Hadis atau Sunnah. Baginda tidak bercakap atau berbuat, melainkan apa yang diajarkan oleh ALLAH. Firman-Nya:
surat:53 ayat:3 surat:53 ayat:4Terjemahannya: Dia tidak bercakap mengikut nafsunya kecuali wahyu yang diwahyukan padanya.
(An Najm: 3-4)
Rasulullah SAW tidak menambah atau mengurangkan kehendak Al Quran dan Sunnah dalam pendidikan yang dilagangnya. Apa yang terkandung di dalam Al Quran dan Sunnah itulah saja bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang dipakai, yang telah berhasil mengubah bangsa Arab menjadi bangsa yang besar, dihormati dan penting dalam sejarah.
Dengan Al Quran dan Sunnah baginda bukan saja dapat mengubah fikiran dan jiwa insan menjadi tinggi dan mulia, bahkan berjaya membentuk insan-insan itu menjadi seperti singa-singa dalam sejarah membangunkan tamadun dan pembangunan material yang tiada tandingannya. Kesan sejarah ini boleh kita saksikan di Timur Tengah, Spanyol, Turki, dan lain-lain.
Al Quran dan Sunnah membahagikan pendidikan kepada dua peringkat: peringkat Makkah dan peringkat Madinah. Di peringkat Makkah, Rasulullah membangunkan insan. Manakala di Madinah, baginda memulakan pembangunan fizikal dan mental. Hasil daripada proses pendidikan yang begini, maka kita dapati dalam sejarah, lahirnya sebuah masyarakat dan negara serta dunia, yang aman makmur serta mendapat keampunan ALLAH. Ini dinyatakan oleh ALLAH:
surat:34 ayat:15Terjemahannya: Negeri yang aman makmur dan mendapat keampunan ALLAH.
(As Saba' 15)
Puncak kejayaan Rasulullah yang paling utama ialah kerana baginda belajar dengan ALLAH tentang bagaimana mendidik manusia. Oleh kerana ALLAH yang mencipta manusia dan seluruh alam ini, maka Dialah yang paling tahu cara-cara mendidik manusia. Manusia, walau bertaraf nabi atau wali atau ustaz atau Perdana Menteri atau ahli falsafah sekalipun, tentu tidak semampu ALLAH dalam menyelesaikan sebarang masalah. Sebab itu sesiapa yang merujuk kepada ALLAH dan Rasul yakni Al Quran dan Sunnah, insya-ALLAH akan berjaya mengulangi sejarah kejayaan Rasulullah. Hal ini diisyaratkan oleh sabda Nabi:
Terjemahannya: Aku tinggalkan bagirnu dua perkara. Tidak akan sesat selamanya selagi kamu meyakini kedua-duanya iaitu Kitab ALLAH dan Sunnah Nabi
(Ibnu Abdi Barri)
Al Quran dan Hadis ada dalam tangan kita sekarang. Kita tinggal menggunakannya saja. Mari kita kaji apakah langkah-langkah pendidikan melalui Al Quran dan Hadis yang dipakai oleh Rasulullah dalam sistem pendidikan baginda, untuk jadi panduan pada kita bersama.
1. Mendidik jiwa tauhid agar tumbuh rasa kehambaan yang tinggi terhadap ALLAH SWT. Ini dibuat dengan membawa manusia berfikir tentang kebesaran ALLAH, kuasa ALLAH, kehebatan ALLAH, kebaikan ALLAH, rahmat ALLAH serta nikmat-Nya. Di antara ayat-ayat yang bermaksud begitu ialah:
a.
surat:27 ayat:59Terjemahannya: Katakanlah, "Segala puji bagi ALLAH dan kesejahteraan atas hamba-hamba-Nya yang dipilih-Nya." Apakah ALLAH yang lebih baik, ataukah apa yang mereka persekutukan dengan Dia (yang lebih baik)?
surat:27 ayat:60Atau siapakah yang telah.rnenciptakan langit dan bumi dan yang menurunkan air untukmu dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu kebunkebun yang berpemandangan indah, yang kamu sekali-kali tidak mampu menumbuhkan pohon-pohonnya? Apakah di samping ALLAH ada Tuhan (yang lain)? Bahkan (sebenarnya) mereka adalah orang-orang yang menyimpang (daripada kebenaran).
surat:27 ayat:61
Atau siapakah yang menjadikan bumi sebagai tempat berdiam dan yang menjadikan sungai-sungai di celah-celahnya dan yang menjadikan gunung-gunung untuk (mengukuhkannya) dan menjadikan suatu pemisah antara kedua laut? Apakah di samping ALLAH ada Tuhan (yang lain)? Bahkan (sebenarnya) kebanyakan daripada mereka tidak mengetahui.
surat:27 ayat:62 

surat:27 ayat:63
Atau siapakah yang memimpin kainu dalam kegelapan di daratan dan lautan dan siapa (pula)kah yang mendatangkan angin sebagai khabar gembira sebelum (kedatangan) rahmaeNya? Apakah di samping ALLAH ada Tuhan (yang lain)? Maha Tinggi ALLAH terhadap apa yang mereka persekutukan (dengan-Nya).
surat:27 ayat:64
Atau siapakah yang menciptakan (manusia dari permulaannyaj kemudian mengulanginya (lagi), dan siapa (pula) yang memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi? Apakah di samping ALLAH ada Tuhan (yang lain)? Katakanlah, "Tunjukkan bukti kebenaranmu, jika kamu memang orang-orang yang benar."
surat:27 ayat:65Katakanlah: "Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali ALLAH," dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan.
(An Naml: 59-65)
b.
surat:30 ayat:20Terjemahannya Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan kamu daripada tanah, kemudian tiba-tiba kamu (menjadi) manusia yang berkembang biak.
surat:30 ayat:21Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
surat:30 ayat:22Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan langit dan bumi dan berlainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demiklan itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang yang mengetahui
surat:30 ayat:23Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu dan usahamu mencari kurniaan-Nya pada waktu malam dan siang hari. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang mendengar.
surat:30 ayat:24Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, Dia memperlihatkan kepadamu kilat untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan dan Dia menurunkan air hujan dari langit, lalu menghidupkan bumi dengan air itu sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang menggunakan akalnya.
surat:30 ayat:25Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah berdirinya langit dan bumi dengan iradahNya. Kemudian apabila Dia memanggil kamu dengan sekali panggilan dari bumi, seketika itu (juga) kamu keluar (dari kubur).
(Ar Rum: 20-25)
c.
surat:23 ayat:12Terjemahannya: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada suatu saripati (berasal) dari tanah.
surat:23 ayat:13Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim).
surat:23 ayat:14Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkuskan dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah ALLAH, Pencipta Yang Paling Baik. (Al Mukminun: 12-14)
surat:79 ayat:27Terjemahnya: Manakah lebih sulit menciptakan kamu atau langit? Namun ALLAH mampu membinanya.
surat:79 ayat:28Dia meninggikan bangunannya lalu menyempurnakannya.
surat:79 ayat:29Dan Dia menjadikan malamnya gelap-gulita dan menjadikan siangnya terang benderang. (An Nazi'at: 27-29)
2. Mendidik hati agar rasa rindu dengan Syurga ALLAH, rahmat ALLAH, keampunan ALLAH, bantuan ALLAH dan lain-lain. Ini dilakukan dengan menyebutkan khabar-khabar gembira (tabsyir) tentang perkara-perkara tersebut. Lihat ayat Al Quran yang digunakan:
surat:3 ayat:133Terjemahannya: Dan bersegeralah kamu kepada ampunan daripada Tuhanmu dan kepada Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. (Ali Imran: 133)
surat:83 ayat:22 surat:83 ayat:23 surat:83 ayat:24 surat:83 ayat:25surat:83 ayat:26 surat:83 ayat:27 surat:83 ayat:28Terjemahannya: Sesungguhnya orang yang berbakti itu benar-benar berada dalam kenikmatan yang besar (Syurga). Mereka (duduk) di atas kursi empuk sambil memandang. Kamu dapat mengetahui daripada wajah mereka kesenangan hidup mereka yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum daripada minuman yang dipateri tutupnya, paterinya adalah kasturi, dan untuk itu hendaklah manusia berlomba-lomba (di dunia). Dan campuran minuman itu adalah daripada tasnim (iaitu) mata air, yang meminumnya hanyalah orang-orang yang dekat kepada ALLAH (muqarrabin). (Al Muthaffifin: 22-28)
surat:61 ayat:1 surat:61 ayat:2surat:61 ayat:3 surat:61 ayat:4surat:61 ayat:5 surat:61 ayat:6surat:61 ayat:7 surat:61 ayat:8surat:61 ayat:9 surat:61 ayat:10surat:61 ayat:11 surat:61 ayat:12Terjemahnya: (Yaitu) kamu beriman kepada ALLAH dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan ALLAH dengan harta dan jiwa. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, niscaya ALLAH akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam Syurga 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar. (As Saf: 1-12)
surat:30 ayat:15Terjemahnya: Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh maka mereka di dalam taman (Syurga) bergembira. (Ar Rum: 15)
surat:55 ayat:56Terjemahannya: Di dalam Syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangan mereka, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni Syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin. (Ar Rahman: 56)
3. Mendidik iman dan taqwa di hati agar manusia merasa gerun dengan Neraka dan azab ALLAH, serta ancaman-ancaman dan kemurkaan ALLAH. Hal ini didapati dengan menyebut perkara-perkara yang menakutkan manusia (tanzir). Berikut ialah contoh-contoh ayat Al Quran yang mempunyai tujuan-tujuan tanzir itu:
surat:27 ayat:90Terjemahannya: Dan barang siapa yang membawa kejahatan, maka disungkurkanlah muka mereka ke Neraka. Tiadalah kamu dibalasi, melainkan (setimpalJ dengan apa yang dahulu kamu kerjakan. (An Naml. 90)
surat:82 ayat:14Terjemahannya: Sesungguhnya orang-orang yang durhaka, benar-benar berada dalam Neraka. (Al Infitar 14)
surat:55 ayat:43 surat:55 ayat:44Terjemahannya: Inilah Neraka Jahanam yang didustakan oleh orang-orang yang berdosa. Mereka berkeliling di antaranya dan air yang mendidih yang memuncak panasnya. (Ar Rahman: 43-44)
surat:88 ayat:2 surat:88 ayat:3 surat:88 ayat:4 surat:88 ayat:5 surat:88 ayat:6 surat:88 ayat:7Terjemahnya: Banyak muka pada hari itu tunduk terhina, bekerja keras lagi kepayahan, membakar diri dengan api yang sangat panas (Neraka) diberi minum (dengan air) yang menggelegak panas. Mereka tidak memperoleh makanan selain daripada pohon yang berduri, yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan kelaparan. (Al Ghasiyah: 2-7)
surat:56 ayat:51 surat:56 ayat:52 surat:56 ayat:53 surat:56 ayat:54 surat:56 ayat:55surat:56 ayat:56Terjemahannya: Kemudian sesungguhnya kamu hai orang-orang yang sesat lagi mendustakan (kedatangan Qiamat) benar-benar akan memakan pohon zakum, dan akan memenuhkan perutmu dengannya. Sesudah itu kamu akan minum air yang sangat panas. Maka kamu minum seperti unta yang kehausan. Itulah hidangan untuk mereka pada Hari Pembalasan. (Al Waqiah: 51-56)
4. Mendidik manusia agar melakukan amal soleh dan berakhlak mulia. Untuk itu, Al Quran banyak menceritakan sejarah hidup para nabi, rasul dan orang-orang soleh. Cerita-cerita itu bermaksud untuk menjadi panduan kepada manusia, bagaimana mereka harus menjalani hidup sebenarnya. Mari kita lihat ayat-ayat yang berkaitan dengannya:
surat:27 ayat:7 surat:27 ayat:8surat:27 ayat:9 surat:27 ayat:10Terjemahannya: (Ingatlah) ketika Musa berkata kepada keluarganya: "Sesungguhnya aku melihat api. Aku kelak akan membawa kepadamu khabar daripadanya atau aku membawa kepadamu api supaya kamu dapat berdiang." Maka tatkala dia tiba di (tempat) api itu, diseru kepadanya: "Bahwa telah diberkati orang-orang yang berada dekat api itu, dan orang yang berada di daerah di sekitarnya. Dan Maha Suci ALLAH, Tuhan semesta alam." (ALLAH berfirman): "Hai Musa, sesungguhnya Akulah ALLAH, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Dan lemparkanlah tongkatmu." Maka tatkala (tongkat itu menjadi ular) Musa melihatnya bergerak-gerak seolah-olah ia ular, lalu larilah dia ke belakang tanpa menoleh. "Hai Musa janganlah kamu takut, sesungguhnya orang-orang yang menjadi rasul, tidak takut berhadapan dengan-Ku. " (An Naml: 7-10)
surat:18 ayat:10 surat:18 ayat:11surat:18 ayat:12Terjemahannya: (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami daripada sisi- Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)."
Maka Kami tutup telinga mereka beberapa tahun dalam gua itu. Kemudian kami bangunkan mereka agar Kami mengetahui manakah di antara kedua-dua golongan itu yang lebih tepat dalam menghitung berapa lamanya mereka tinggal (dalam gua itu).
 (Al Kahfi: 10-12)
surat:3 ayat:36 surat:3 ayat:37Terjemahannya: Maka tatkala isteri Imran melahirkan anaknya, dia pun berkata: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku melahirkan seorang anak perempuan, dan ALLAH lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu, dan tidaklah sama anak lelaki dengan anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamainya Maryam dan aku melindungkannya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk."
Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan ALLAH menjadikan Zakaria pemeliharanya. Setiap kali Zakaria masuk untuk menemui Maryam di mihrabnya, didapatinya makanan sudah tersedia. Zakaria berkata: "Hai Maryam, dari mana kamu memperolehi (makanan) ini?" Maryam menjawab "Makanan ini daripada ALLAH." Sesungguhnya ALLAH memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab.
 (Ali Imran: 36-37)
surat:34 ayat:10 surat:34 ayat:11surat:34 ayat:12 surat:34 ayat:13surat:34 ayat:14Terjemahannya: Dan sesungguhnya Kami berikan kepada Daud kurniaan daripada Kami. (Kami berfirman): "Hai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud, dan Kami telah melunakkan besi untuknya." (Yaitu) buatlah baju besi yang besar-besar dan ukurlah anyamannya dan kerjakanlah amalan yang soleh. Sesungguhnya Aku melihat apa yang kamu kerjakan.
Dan Kami (tundukkan) angin bagi Sulaiman, yang perjalanannya pada waktu pagi sama dengan perjalanan sebulan dan perjalanannya pada waktu petang sama dengan perjalanan sebulan (pula), dan Kami alirkan cairan tembaga baginya. Dan sebagian daripada jin ada yang bekerja di hadapannya di bawah kekuasaannya) dengan izin Tuhannya. Dan siapa yang menyimpang di antara mereka daripada perintah Kami, Kami rasakan kepadanya azab Neraka yang apinya menyala-nyala.
Para jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya baik bangunan-bangunan yang tinggi dan patung-patung dan pinggan-pinggan besar seperti kolam dan periuk yang tetap (berada diatas tungku). Bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada ALLAH). Dan sedikit sekali daripada hamba-hamba-Ku yang berterima kasih.
Maka tatkala Kami telah menetapkan kematian Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya kecuali anai-anai yang memakan tongkatnya. Maka tatkala ia teNungkur, tahulah jin jin itu bahawa kalau sekiranya mereka ketahui yang ghaib tentulah mereka tidak akan terus bekerja di dalam siksa yang menghinakan
.
(Saba' 10-14)
surat:12 ayat:46 surat:12 ayat:47surat:12 ayat:48 surat:12 ayat:49Terjemahnya: (Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah utusan itu): "Yusuf, wahai orang yang benar, ta'birkan kepada kami (seorang bermimpi melihat) tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus, dan tujuh tangkai biji-bijan yang hijau serta tujuh lagi kering, (ta'birkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku, semoga mereka dapat mengetahui ta'birnya."
Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut- turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah pada tangkainya (agar tahan lama), kecuali sedikit sekadar untuk dimakan."
"Kemudian akan datang selepas (tujuh tahun) itu, kemarau selama tujuh tahun pula, (semasa itu) apa yang kamu simpan dulu pula dimakan kecuali yang ingin kamu buat benih."
"Setelah itu datang pula satu tahun dengan rahmat pada manusia dan padanya mereka boleh memerah (anggur, zaitun dan sebagainya)."
 (Yusuf 46-49)
5. Mendidik manusia agar menghindari sifat-sifat jahat dan agar selamat daripada api Neraka. Maka diceritakan perihal orang-orang jahat atau musuh ALLAH seperti Firaun, Namrud, Qarun, Haman dan lain-lain. Lihatlah contohnya:
surat:54 ayat:41 surat:54 ayat:42Terjemahnya: Dan sesungguheya telah datang kepada kaum Firaun ancaman-ancaman. Mereka mendustakan mukjizat-mukjizat Kami kesemuanya, lalu Kami azab mereka sebagai azab Kami daripada Yang Maha Perkasa lagi Maha Kuasa. (Al Qamar: 41-42)
surat:28 ayat:76 surat:28 ayat:77surat:28 ayat:78 surat:28 ayat:79surat:28 ayat:80 surat:28 ayat:81Terjemahannya: Sesungguhnya Qarun adalah termasuk kaum Musa, maka ia berlaku aniaya terhadap mereka, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah kamu terlalu bangga, sesungguhnya ALLAH tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri."
Dan carilah apa yang telah dianugerahkan ALLAH kepadamu (kebahagiaan) negeri Akhirat, dan janganlah kamu melupakan bagianmu daripada (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana ALLAH telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya ALLAH tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan. Qarun berkata: "Sesungguhnya aku hanya diberi harta, karena ilmu yang ada padaku." Dan apakah ia tidak mengetahui, bahwasanya Allah sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan tidaklah perlu ditanya kepada orang-orang yang berdosa itu, tentang dosa-dosa mereka. Maka keluarlah Qarun kepada kaumnya dalam kemegahannya. Berkatalah orang-orang yang menghendaki kehidupan dunia: "Moga-moga kiranya kita mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun, sesungguhnya ia benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar." Berkatalah orang-orang yang dianugerahi ilmu: "Kecelakaan yang besarlah bagimu, pahala ALLAH adalah leb